BACKGROUND

Isnin, 16 November 2015

TARIAN KAUM DI MALAYSIA

Hello apa khabar semua ! Harap-harap semua sihat dan sentiasa ceria. Baik pada kali ini saya ingin menceritakan serba sedikit mengenai tarian kaum yang ada di Malaysia. Saya memfokuskan kepada tarian kaum Cina, India dan Kadazan Dusun Sabah. Tarian Melayu saya pasti anda semua pasti sudah tahu kan? Jadi jom kita kenali jenis-jenis tarian bagi kaum tersebut :)

TARIAN KIPAS CINA
Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina di mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan. Tambahan lagi, angin merupakan satu tradisi masyarakat cina yang mana masyarakat cina mempercayai "Fung Shui" iaitu suatu kepercayaan masyarakat cina umumnya tentang suatu pentanda yang baik dan buruk terhadap sesuatu kehidupan di tempat mereka. Oleh itu, jenis tarian ini dimainkan supaya tarian ini boleh membawa kebaikan atau "Fung Shui" yang baik kepada seluruh anggota masyarakat.


ASAL-USUL 

Tarian kipas ialah tarian yang berasal dari korea pada mulanya merupakan tradisi Korea Shamanisme dan kemudiannya berkembang menjadi satu bentuk tarian telah mempunyai 3000 tahun sejarah. Hari ini, tarian kipas telah menjadi satu latihan yang disayangi oleh masyarakat pertengahan umur. Di Chengdu, setiap taman dan plaza komuniti, walaupun musim panas atau musim sejuk, setiap hari banyak orang tua yang memegang kipas dan menari bersama.


PERALATAN

Peralatan yang digunakan ialah kipas yang bewarna terang.Kipas tersebut mempunyai banyak jenis, ada yang berkain panjang,berbulu-bulu, ada yang diperbuat daripada buluh dan kertas juga.








TARIAN SINGA DAN NAGA




Tarian singa menjadi adat di negara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand, Malaysia dan Vietnam. Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza. Namun tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan".

Tarian Singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat  Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.

Pada fikiran kaum Cina, naga adalah sejenis hidupan yang menguntungkan. Naga mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah. Oleh sebab itu, sejak zaman nenek moyang semasa mereka merayakan Tahun Baru Cina, atau memimpin prosesi untuk menyambut seorang dewa, bahkan ketika ada bencana alam atau bencana peribadi berlaku, mereka akan mengadakan tarian naga untuk berdoa supaya mendapat berkat dari syurga.


Dalam tarian ini, sepasukan orang Cina memegang sebatang "naga" — iaitu imej naga Cina — dengan tiang. Penari-penari hadapan mengangkat, mencelup, membidas, dan menyapu kepala naga, yang boleh memiliki ciri-ciri animasi yang dikawal oleh seorang penari dan kadang-kala dikawal untuk mengeluarkan asap dari alat-alat piroteknik. Pasukan tarian meniru apa yang dipercayai sebagai gerakan semangat sungai ini secara berbelok-belok dan beralun-alun.Gerakan-gerakan dalam persembahan ini secara tradisinya melambangkan peranan-peranan naga yang menunjukkan kuasa dan maruah. Tarian naga ialah satu acara utama sambutan Tahun Baru Cina. 





TARIAN KAUM INDIA
Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian klassik India. Tarian klassik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan.
Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Nadu di bahagian Selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorang penari wanita.

Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya ( Tarian Ekspressi ).





TARIAN KADAZAN DUSUN


Dalam setiap upacara rasmi ataupun perayaan tertentu, tarian tradisional suku kaum Kadazandusun sering menjadi daya tarikan dan kemeriahan majlis tersebut. Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai tarian tradisinya sendiri.Corak tarian tradisional ini dipengaruhi oleh sosiobudaya kawasan tertentu. Kemuncak bagi memartabatkan warisan budaya suku kaum Kadazandusun dan kesenian serta keunikannya ialah menerusi Perayaan Pesta Keamatan yang diraikan pada setiap 30 dan 31 mei setiap tahun. Dalam perayaan ini, berbagai acara menarik dan juga budaya kaum Kadazandusun yang ditonjolkan dan dipamerkan.Antara acara yang biasanya menjadi tarikan dalam perayaan suku kaum kadazandusun ialah tarian kadazandusun.

Tarian kadazandusun mempunyai 32 jenis lagu tetapi berlainan dari segi etnik iaitu tarian sumayau, tarian limba, tarian sumazau dan banyak lagi. Salah satu tarian yang dipersembahkan oleh kaum kadazan dusun ialah tarian sumazau. Tarian ini dijalankan sempena musim menuai di Sabah.

Menurut lagenda, tarian ini dipersembahkan untuk memberi pemujaan semangat padi (bambaazon). Tarian sumazau ini juga di persembahkan bersama denganpertandingan Unduk Ngadau (Ratu cantik). Tarian ini kebanyakan ditarikan oleh masyarakat pantai barat iaitu Tambunan, Ranau, Papar dan Kudat.

Tarian ini ditarikan oleh perempuan dan lelaki, keunikan bagi tarian ini ditunjukkan melalui tumit bertemu tumit, ibu jari bertemu ibu jari bagi penari wanita.Pakaian wanita dipanggil seraung yang diletakkan di atas kepala dan bulu berwarna warni yg diletak di atas seraung dikenali sebagaisenaundung. Bagi lelaki pula, mereka memakai sida di kepala dan disertakan dengan selendang / skaf yang dikenali sebagai sandai




DITULIS OLEH : Sock Wai 



1 ulasan:

  1. Merkur Slots Machines - SEGATIC PLAY - Singapore
    Merkur Slot Machines. 출장샵 5 https://septcasino.com/review/merit-casino/ star rating. The Merkur https://jancasino.com/review/merit-casino/ Casino game was communitykhabar the first to feature video slots in the worrione.com entire casino,

    BalasPadam