BACKGROUND

Khamis, 5 November 2015

MALAYSIAKU



      







  Burung helang terbang rendah, 

  Menangkap ikan ditengah kota,   

             Jalur Gemilang berkibar megah,          

          Lambang kebanggaan negara tercinta.



PENGENALAN


Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India, Iban, Sumazau, dan lain-lain. Pelbagai adat dan budaya yang dapat dipelajari masyarakat pelbagai kaum ini terutamanya dapat dilihat melalui tariannya. Tarian dari segi bahasa ialah gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik (Kamus Dewan edisi Ketiga). Manakala, tafsiran ahli sejarah pula mendefinisikan seni tari sebagai gerakan berirama. Tarian juga boleh diertikan sebagai seni lakon di bawah unsur kesenian dan dilihat di bawah aspek kebudayaan.

Keunikan tarian-tarian di Malaysia dapat dilihat apabila kebanyakan tarian tersebut banyak dipengaruhi unsur pengaruh luar yang kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk tarian. Antara tarian yang mendapat pengaruh daripada luar ialah tarian Mak Yong Melayu yang berasal daripada Patani ialah di Selatan Thailand, tarian Kuda Kepang yang dibawa ke negeri Johor oleh pendatang Jawa dan tarian Zapin yang diperkenalkan oleh mubaligh dari Timur Tengah. Sebaliknya di Sabah dan Sarawak keunikan tarian mereka lebih terserlah kerana mereka sendiri yang mencipta tarian tersebut yang berfungsi sebagai memperingati sesuatu peristiwa atau merayakan sesuatu perayakan. Tarian Datun Julud umpamanya dicipta oleh seorang putera Kenyah bernama Nyik Selong yang bertujun untuk mengambarkan kegembiraan dan kesyukuran. Bagi tarianNgajat pula dicipta untuk menyanjung pahlawan mereka yang hebat dan gagah. 




ANTARA JENIS TARIAN YANG TERDAPAT DI MALAYSIA
  • Mak Yong
  • Zapin
  • Tarian Kuda Kepang
  • Tarian Ngajat
  • Tarian Semazau
  • Tarian Bharata Natya
  • Tarian Singa / Kipas
  • Tarian Adai-adai
  • Tarian Daling-daling
  • Tarian Balak-balak

SUMBER : GOOGLE



DITULIS OLEH : SYIRAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan