TARIAN NEGERI KEDAH
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana kelewatan saya untuk mengepos tugas yang diberikan mengenai tajuk yang kami pilih iaitu “Tarian di Malaysia”. Saya merupakan salah seorang ahli dalam kumpulan c5 bagi kursus “Pengenalan Media Baharu”. Saya memilih untuk mengecilkan skop dengan menerangkan tarian di negeri Kedah. Sebelum itu, saya akan menerangkan serba sedikit laa definisi seni tari nie, definisi nie saya ambil dari blog wordpress.com yang menyatakan tarian adalah seni yang menggunakan gerakan tubuh secara berirama yang dilakukan di tempat dan waktu tertentu untuk keperluan mengungkapkan perasaan, maksud dan fikiran, Tari juga bererti ungkapan jiwa manusia melalui gerak ritmis, sehingga dapat menimbulkan daya pesona, Gerakan pada seni tari diiringi dengan muzik untuk mengatur gerakan penari dan menyampaikan sesuatu maksud.
Mesti anda semua ternanti-nanti untuk tahu jenis-jenis tarian di negeri Kedah kan? Baiklah disini saya senaraikan beberapa tarian di negeri Kedah :
- Tarian Payung
- Tarian Kipas
- Tarian Cinta Sayang
- Tarian Lilin
- Tarian Rodat
- Tarian Lenggok
- Tarian Portugis
- Tarian Asyik
- Tarian Daling-daling
- Tarian Buluh
- Tarian Labi-labi
Kesemua tarian ini hanya sebahagian yang dapat saya himpunkan untuk anda. Jadi, saya telah memilih satu tarian yang mana pada saya tarian ini telah memikat hati saya. Melihat pada nama tarian ini sahaja sudah membuat hati saya terpesona dengan roma-roma cinta. Tarian yang saya pilih ialah “Tarian Cinta Sayang”.
TARIAN CINTA SAYANG
Tarian Cinta Sayang merupakan tarian yang terkenal di Negeri Kedah. Tarian ini merupakan sejenis tarian untuk bersukaria atau penyeri majlis. Penari-penarinya menari berpasang-pasangan iaitu lelaki dan wanita. Para penari lelaki memakai baju melayu yang lengkap dengan songkok dan kain songket. Para penari wanita pula memakai baju kebaya labuh dan selendang panjang yang disangkut di bahu.
VIDEO
https://youtu.be/2qp3Id034Zo
Sebenarnya, tarian ini berasal dari satu tarian asli yang bernama yang bernama “zikir Rahmat”. Lazimnya, tarian ini ditarikan oleh nelayan-nelayan di utara Malaysia. Cinta sayang menggambarkan suasana di dalam keluarga keluarga nelayan yang mengucapkan selamat belayar sambil berdoa untuk keselamatan nelayan-nelayan semoga memperolehi rezeki yang banyak. Nelayan-nelayan itu pula akan berdoa agar isteri mereka selamat dari bahaya semasa ketiadaan mereka di rumah. Beberapa perkara yang menarik minat saya dalam tarian ini adalah kerana tarian ini masih mengekalkan budaya adat melayu dengan mengenakan pakaian tradisional, bersopan-santun dan lemah lembut. Kesemua tarian ini saya peroleh daripada www.memori.kedah.com . Sekian sajalah, cerita saya mengenai tarian di negeri Kedah. Maafkan salah silap saya andai apa yang saya cuba sampaikan ini salah atau kurang tepat. Anda boleh layari web yang telah saya beri untuk mengetahui lebih lanjut.
DITULIS OLEH : YAYA
TARIAN NEGERI JOHOR
DITULIS OLEH : Aaron
TARIAN NEGERI SEMBILAN ( TARIAN LILIN)
DITULIS OLEH : Aaron
TARIAN NEGERI JOHOR
KUDA KEPANG
Salam sejahtera semua. Seterusnya saya ingin menceritakan serba sedikit mengenai tarian yang amat terkenal di negeri Johor iaitu tarian kuda kepang.
Tarian Kuda Kepang merupakan sejenis tarian Melayu traditional. Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa dengan pengaruh Islam. Ciri Jawa itu jelas pada pakaian penari-penari dan unsur Islam jelas pada jalan cerita itu semasa ditarikan iaitu mengisahkan peperangan Rasulullah dan para sahabat. Dikatakan bahawa tarian ini diperkenalkan oleh pendakwah Islam sebagai cara menarik penduduk setempat agar datang beramai-ramai menyaksikan persembahan mereka. Pendakwah akan menyampaikan dakwah mereka sebelum atau selepas persembahan.
Tarian Kuda kepang amat digemari oleh penduduk Johor, terutamanya dari keturunan Jawa. Kuda kepang ini biasanya dibuat dari anyaman yang dibentuk seperti seekor kuda tanpa kaki. Ia diperbuat daripada buluh yang dianyam atau kulit binatang yang diwarnakan untuk menjadi lebih menarik.
Lazimnya terdapat 10 hingga 15 orang penari bagi setiap kumpulan penari kuda kepang yang biasanya akan mempunyai seorang ketua. Pada peringkat awalnya, semua gerak geri penari adalah atas arahan dayang yang menggunakan tali untuk mengawal permainan. Tarian ini biasanya dipertunjukkan di majlis-majlis keramaian untuk memeriahkan lagi suasana seperti sewaktu menyambut orang-orang kenamaan, meraikan majlis perkahwinan dan di hari-hari perayaan. Pada masa dahulu terdapat banyak pantang larang bagi mereka yang menonton persembahan kuda kepang seperti tidak mencaci penarinya atau akan menimpa musibah.
Tarian kuda kepang tradisi dikatakan memiliki banyak jampi serapah, dan pemain yang menarikannya boleh menjadi lupa. Mata penari yang berada dalam keadaan ini berkilauan, tidak boleh bercakap, manakala pergerakan dan kelakuan mereka menyerupai kuda. Hakikatnya, situasi seseorang penari itu bergantung kepada kekuatan roh juga niat atau azam diri. Faktor lain ialah makhluk yang menyerap dalam tubuh yang dipanggil atau diseru melalui rangkaian jampi mantera yang dituturkan oleh pawang yang mengetuai kumpulan, perasapan kemenyan, sajian yang dihidangkan, juga bunyi gendang dan gong yang dipalu. Mereka yang dirasuk dikatakan mampu melakukan perkara-perkara merbahaya seperti memakan kaca atau juga mengupas kelapa dengan gigi. Disebabkan itu, tarian kuda kepang yang masih mengamalkan jampi serapah difatwakan sebagai bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.
TARIAN NEGERI SEMBILAN ( TARIAN LILIN)
Tarian Lilin berasal dari Sumatra dan tarian ini mempunyai cerita semasa persembahannya. Kononnya seorang gadis jelita telah ditinggalkan tunang kerana ia pergi berdagang mencari harta. Semasa peninggalan tunangnya gadis tersebut kehilangan cincin pertunangan. Dalam kesedihan gadis mencari cincin tersebut, hingga larut malam dengan menggunakan lilin yang diletakkan atas piring. Gerakan badan yang meliok, membongkok, mengadah (berdoa) melahirkan keindahan sehingga peristiwa ini telah melahirkan Tarian Lilin di kalangan gadis-gadis kampung itu. Di Negeri Sembilan terutama di daerah Lenggeng ada sejenis Tarian Lilin yang mana ditarikan oleh orang lelaki. Beliau akan membawa piring berisikan lilin dan memakai di jarinya cincin. Sambil menari beliau membunyikan rentak tariannya dengan mengetokkan cincin di jari ke piring yang dipegangnya. Memerlukan kepakaran bagi seseorang untuk menari dengan memijak piring yang diatur dan juga gelas yang ditangkupkan ke piring yang diatur tadi.
DITULIS OLEH : Aaron
INI AMAT BAGUS:)
BalasPadamYes betul
PadamYes betul
PadamHai. Boleh saya dapatkan senarai rujukan penulisan tuan?
BalasPadammerepek bodo
BalasPadam